[Perlawanan Persahabatan] Sarawak Uji Sabah Malam Ini

Jun 14, Sarawak akan bertemu Sabah pada perlawanan ujian pertama menentang Sabah pada malam ini. Perlawanan akan dilangsungkan pada jam 9 malam di Stadium Likas Kota Kinabalu.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada perlawanan ujian awal tahun ini di mana Sabah menewaskan Sarawak dengan jaringan 1-0.

Menurut Setiausaha Agung FAS Razali Dolhan perlawanan  aksi pemanas badan ini penting untuk memantapkan stamina serta persefahaman sebagai persediaan menghadapi kempen Piala Malaysia dan Liga Super yang akan disambung Julai ini nanti.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *