Dua Gol Lee Gil Hoon Jadi Pemisah

Dua Gol Lee Gil Hoon Jadi Pemisah

Sarawak lebih menguasai permainan pada 30 minit separuh masa pertama. Gandingan Roskam dan Raikovic banyak memberi ancaman kepada kubu Sabah. Kedua winger Sarawak iaitu Rahim dan Hafiz laju dan banyak menghidupkan serangan Sarawak. Namun tiada gol dapat dihasilkan pada separuh masa pertama.

Lee Gil Hoon sebaliknya menjaringkan 2 gol utk memastikan Sabah menang dalam perlawanan persahabatan malam ini. Sarawak dapat juga menjaringkan gol tunggal pada minit 76 melalui Roskam. Separuh masa kedua agak seimbang dimana kedua dua pasukan saling berbalas serangan.

Tengah
Permainan 30 minit pertama midfield Sarawak memang hidup terutama Rahim dan Hafiz yang sering mengkucar-kacirkan kiri dan kanan Sabah. Bahagian tengah seperti Sabah lebih kuat kerana Azizan dan Hanjeyong bermain keras dan kerap mematahkan serangan yg bermula di tengah.Raikovic dan Roskam kurang membuat percubaan tepat ke gawang Sabah. Malam tadi secara jujurnya persembahan Sabah sudah meningkat terutama di pertahanan yang dibarisi Francis Kasonde dan Rawilson Batuil.

Permainan malam tadi hampir seimbang kerana tiada yg betul-betul menguasai permainan. Lee Gil Hoon adalah Man of the match dan cukup luar biasa permainannya.Rajin dan pengubah permainan saya rasa.Striker Import Sabah Rodoljub Paunovic kurang menyerlah malam tadi kerana kurang dapat support bola dan dikawal ketat oleh Defend import trojan sarawak.

Mungkin permainan keras Sabah membatasi pergerakan pemain Sarawak. Dari segi permainan kedua-dua pasukan bermain kemas dan tidak membazir dengan hantaran atau clearance yang membazir. Sarawak boleh menjaringkan gol awal melalui Rahim lebih tenang menyepak bola ke goal post kerana pertahanan dan penjaga gol sudah out of position.

Permainan malam tadi hampir seimbang kerana tiada yg betul-betul menguasai permainan. Lee Gil Hoon merupakan Man of the Match dan cukup luar biasa  permainan dari segi kerajinan dan mampu mengubah tempo permainan. Penyerang import Sabah Rodoljub Paunovic kurang menyerlah malam tadi kerana kurang dapat support bola dan dikawal ketat oleh Demerson.

Artikel: SSB (pandangan dan analisis ringkas rakan di Stadium Likas semalam)

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *