[Liga Remaja Sepanyol] Jurulatih Dipecat Selepas Menang 25-0

Jun 18, seorang jurulatih skuad liga remaja Sepanyol dipecat setelah pasukannya menang besar. Jurulatih Serranos Bawah 11 Tahun  yang tidak tidak diketahui namanya dipecat setelah pasukan bimbingannya menewaskan Benicalap C dengan jaringan 25-0 pada 3 Jun 2017.

Alasan pihak pengurusan Pablo Alcaide hanya satu, jurulatih berkenaan mendorong pemain melakukan sesuatu yang menggambarkan pasukan berkenaan  tidak menghormati semangat kesukanan.

Jurulatih berkenaan pula dalam pembelaannya di akhbar Sepanyol mendakwa dia tidak pernah meminta anak-anak buahnya menjaringkan gol yang banyak dan hanya bertahan di tempat zon sendiri sahaja. Namun, Benicalap C sentiasa melakukan serangan sehingga meninggalkan ruang kosong di pertahanan,

Pasukan Benicalap C merupakan pasukan tercorot dalam liga berkenaan, bolos 247 gol daripada 30 perlawanan.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *