[Perlawanan Persahabatan] Sabah B21 Malukan Sarawak

Jun 16, perlawanan persahabatan malam ini berakhir dengan keputusan yang diluar jangka, apabila Sabah B21 membelasah Sarawak dengan jaringan 6-1. Walaupun sekadar menurunkan pasukan kedua, kekalahan besar ini dianggap agak memalukan kepada pasukan bawah 21 tahun.

Gol tunggal Sarawak dijaringkan oleh Rodney Calvin Akwensivie pada minit ke 44.  Untuk rekod pasukan Sabah B21 berada di tangga kedua terbawah kumpulan A Liga Presiden. Meskipun memasukkan Aidil dan Ronny Harun di babak kedua, tetapi tidak cukup menghalang Sabah B21 yang bermaharajalela menerusi jaringan Azmizan, Stanley Sulong dan Fadzlie.

Keputusan penuh Sabah B21 menewaskan Sarawak 6-1.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *