Match Report Sabah B21 6-1 Sarawak

Perlawanan malam ini menyaksikan pasukan Sarawak menurunkan rata-rata barisan kedua kecuali Hairol, Shreen, Rooney,Sahil dan Hafiz. Empat pemain senior Sabah dalam skuad U21 adalah Azwan,Ricco,Azlan dan Leo. Separuh masa pertama menyaksikan pasukan Sabah U21 mencetak gol awal terlebih dahulu melalui Fazriel Hanafi. Bahagian tengah dan sayap Sarawak agak terbatas pergerakan dan sukar melepasi kawalan ketat oleh defensive midfield Ricco Nigel Milus dan pertahanan tengah Azlan.

Sebaliknya Sabah lebih banyak membuat percubaan melalui Fazriel. Sabah yang banyak mengunakan serangan melalui sayap kanan dan mengumpan bola ketengah kerap mencemaskan gawang sarawak. Permainan Sahil pada malam ini juga kurang menyerlah kerana gerakannya dikawal rapi melalui man-marking  Sabah.Satu-satunya player yang menonjol adalah Rodney yang berjaya menjaringkan gol hasil tendangan padu dalam keadaan kelam kabut di gawang Sabah pada minit ke 40.

Tamat separuh masa pertama Sabah U21 1-1 Sarawak.

Separuh masa kedua bermula, Sarawak membuat pertukaran memasukan Ronny Harun bagi memantapkan pertahanan.Ronny yang masuk pada mulanya bermain di bahagian tengah banyak membuat assist kepada Shamie dan Hafiz namun tiada percubaan tepat ke gawang dapat dihasilkan. Sebaliknya Sabah lebih kerap melancarkan serangan melalui larian pantas sayap kiri Hamran Peter yang berjaya mengumpan bola kepad penyerang Fazlie untuk gol ke 2 pada min ke 50. Fazlie sekali lagi menjaringkan gol pada min ke 60.

Kelemahan ketara dibahagian pertahanan kiri dan tengah Sarawak yang gagal menyekat Hamran dan membaca permainan Fazlie.

Sarawak membuat pertukaran memasukkan penjaga gol kedua ketika kedudukan Sabah U21 3 – 1 Sarawak. Pertukaran penjaga gol jelas tidak memberikan perubahan dimana Azmizan sayap kanan pula mencatatkan nama sebagai penjaring gol. Stanley Sulong yang masuk sebagai pemain simpanan berjaya mencatatkan 2 gol melalui sepakan lambung yang menewaskan penjaga gol dan gol melalui tandukan.

Sabah U21 6-1 Sarawak.

Kelemahan ketara dibahagian pertahanan dan penjaga gol pada malam ini dan midfield sarawak yg agak tenggelam penguasaan bola untuk memberikan hantaran kepada penyerang. Sekali sekala Shamie berjaya melepasi kawalan namun hantaran bola ke tengah tiada susulan dari rakan

Sarawak pasti bermain lebih baik jika Roskam dan Rajkovic diturunkan bagi menajamkan serangan dan bahagian tengah.Rodney dan Sahil yang dikeluarkan pada separuh masa kedua jelas memperlihatkan ketiadaan mereka menyebabkan tengah dan pertahanan kurang bermaya bagi menyaingi pasukan Sabah U21.

Artikel: SSB (perkongsian dari rakan di Sabah)

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *