Match Report Sabah 3-2 Sarawak

Jun 19, Stadium UMS,Kota Kinabalu,Sabah.

Berbeza dengan perlawanan sebelum ini, Sarawak menurunkan barisan terbaiknya, namun masih belum cukup untuk mengatasi Sabah. Tuan rumah lebih awal mendahului pasukan pelawat melalui jaringan gol oleh Lee Gil Hoon pada minit ke15 dan Rodoljub Paunovic pada minit ke30. Sarawak akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke 35 melalui hantaran lintang Abdul Rahim yang berjaya disudahkan oleh Sahil. Separuh masa pertama lebih dikuasai oleh Sabah melalui beberapa percubaan ke gawang gol oleh Lee Gil Hoon dan Rodoljub Paunovic.

Flanker kanan Sabah iaitu Maxsius Musa kerap memperdaya pertahanan Sarawak dengan larian deras dan permainan tiki taka dengan Lee Gil Hoon.

Separuh masa kedua didominasi oleh Sarawak.Penguasaan tengah padang dan kreativiti serangan bertambah baik. Sahil,Rajkovic dan Roskam kerap membuat percubaan ke gawang Sabah. Hasilnya pada minit ke 50 Milos Rajkovic berjaya meledak gol melalui tendangan kencang menewaskan penjaga gol Sabah Robson Rendy Rining. Apabila  permainan seakan berkesudahan 2-2. Lee Gil Hoon sekali lagi berjaya menjaringkan gol dikala pemain-pemain Sarawak menjangkakan Lee Gil Hoon dalam kedudukan offside.

Tamat masa Sabah 3-2 Sarawak.

Sarawak tewas ketiga-tiga siri perlawanan persahabatan di Kota Kinabalu Sabah dan kelemahan Sarawak perlu diperbaiki antaranya lambat panas. Bahagian sayap Shamie dan Rahim juga kurang membuat hantaran tepat kepada Milos Rajkovic dan Roskam untuk membuat jaringan. Permainan Sahil dilihat meningkat pada perlawanan malam ini bwrbanding 2 perlawanan sebelumnya dia dilihat lebih yakin dan agresif permainannya.

Artikel: SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *