“Flying Dayak” Bakal Gegarkan Kuching Pada Julai Ini

Bekas ‘raja’ pecut negara Watson Nyambek akan membuat penampilan buat kali pertama selepas 2 tahun pada temasya Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Malaysia (MIOMAC) 2017 yang berlangsung di Stadium Sarawak, Kuching dari 22 hingga 23 Julai.

Menerusi kenyataan akhbar kepada Utusan Borneo, Setiausaha Persatuan Olahraga Master Negeri Sarawak (POMSAR), Ahmad Rosdzli Hashim menyatakan Watson cukup bersemangat untuk turun ke trek selepas kali terakhir beraksi 10 tahun lepas.

Turut menyertai kejohanan yang bakal disertai oleh 899 orang atlit ini ialah bekas jaguh merejam lembing Nashatar Singh Sindhu, pelari jarak jauh M Ramakishnan dan bekas atlet melempar cakera Danapal Naidu.

Info: Utusan Borneo

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *