[Video] Pertembungan Epik Watson Nyambek “The Flying Dayak” dan Azmi Ibrahim Pada Tahun 1996

WATSON NYAMBEK “THE FLYING DAYAK”

Gelaran “The Flying Dayak” kepada Watson Nyambek bukanlah satu gelaran yang sebarangan. Gelaran diberi kepadanya kerana beliaulah jaguh yang menjadi raja trek di Malaysia suatu waktu dahulu.

Nama Watson mula dikenali apabila berjaya memecahkan rekod lama Datuk M. Jegathesan yang berusia hampir 29 tahunyang direkodkan pada Sukan Asia 1966 sekitar tahun 1995.

Pada tahun 1996, berlangsung  pertembunagan epik dan bersejarah di antara Watson dan Azmi Ibrahim bagi menentukan siapa Raja Pecut Negara. Pertarungan ini berakhir dengan Watson dimahkotakan sebagai Raja Pecut Malaysia apabila mencipta rekod baru kebangsaan iaitu 10.33s.

 

Pada Julai 2017 nanti, kita berpeluang menyaksikan aksi beliau di Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Malaysia (MIOMAC) 2017 yang berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya dari 22 hingga 23 Julai. Meskipun berusia 41 tahun dan kali terakhir beraksi 10 tahun lepas, kita pasti sentuhan pecutan beliau masih ada dalam dirinya !

 

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *