Fakta tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak.

Fakta tentang sambutan Hari Raya di #Sarawak.

1. #KekLapis adalah hidangan wajib ada setiap tahun. Ada pelbagai jenis kek lapis yang kadang-kadang namanya diambil dari isu semasa atau populariti seseorang contohnya kek Ombak Rindu, kek setahun jagung (tak tau ada ke tak, main tulis je).. kek tradisional seperti Hati Pari, Lumut dan sebagainya masih mengambil tempat di majoriti rumah masyarakat Sarawak.

2. #AirLemenet yang dihidangkan kepada tetamu ialah air lemenet. Air lemenet ni merujuk kepada semua air berkarbobat tak kiralah ia coke, pepsi, f&n atau apa-apa jenama. Sebenarnya nama lemenet diambil dari nama lemonade yang menjadi satu-satunya jenama air yang dihidangkan pada tahun 70-80an sebelum ia diambil oleh oleh produk air karbonat yang lain.

3. #BajuMelayu: Beraya di Sarawak kena sediakan baju melayu/kurung dua tiga pasang kerana secara adatnya masyarakat di sini memakai baju melayu/kurung sehingga hari ke raya ke-30. Nanti boleh try jalan-jalan kat shopping complex tengok.. Biasanya kalau guna baju kemeja atau t shirt, si pemakai akan kena bahan.

4. #BerbilangKaum: Bermula semenjak dari balik solat raya, perumahan dan kampung orang melayu akan dipenuhi oleh kereta-kereta. Tetapi yang datang beraya bukan berbangsa melayu tetapi bangsa lain terutamanya bangsa cina (kawan seopis). Mereka tahu masa sesuai untuk cari rendang. Mereka akan ingat sampai bila2 jika rendang rumah yang mereka kunjungi tu sedap.

5. #SoalanCepuMas: Soalan “bila nak nikah?” bukan soalan yang lazim di sini sehinggalah ia diviralkan oleh netizen dari semenanjung.

6. #FoodHunter: Makanan yang selalu jadi hidangan untuk open house ialah Laksa Sarawak dan Mee Jawa.

7. #LampuRaya akan dibuka sampai hari ke 7. Kalau lampu tutup, maksudnya tuan rumah letih. Nak rehat la tu..

Ada lagi sebenarnya tapi saya dah lupa… Boleh tambah point yang tertinggal?

Sumber: FB Chief Admin

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *