Month: July 2017

“Kamek Sik Akan Mudah Mengalah”: Dato Posa Majais

“Kamek sik akan mudah mengalah”. Begitulah kenyataan presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais ketika diajukan soalan berkenaan prestasi pasukan Sarawak yang terumbang-ambing ketika ini. Baginya setelah lapan bulan menerajui FAS, banyak perkara yang beliau telah pelajari dan akan menjadikan segala kesilapan dan kelemahan dalam persatuan sebagai iktibar untuk diperbaiki musim hadapan. Baginya lagi, …

[Piala Belia] Peluang Sarawak Cipta Sejarah

Julai 30, skuad Sarawak pimpinan Safri Amit akan berdepan dengan Terengganu pada perlawanan terakhir Liga Piala Belia 2017 untuk Kumpulan D hari ini di tempat lawan. Pada ketika ini Sarawak berada di tangga ketiga liga dan memerlukan sekurang-kurangnya seri bertemu Terengganu untuk ke suku akhir. Namun, sasaran adalah kemenangan kerana tiga mata tambahan akan membolehkan …

[Piala Malaysia] JDT Raih Tiga Mata Di Stadium Negeri

Julai 29, seperti diramalkan JDT mencatatkan kemenangan mudah mengatasi Sarawak dengan jaringan 2-0 dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia 2017. Gol-gol JDT telah dijaringkan oleh Mohamad Ghaddar dan Shafiq Rahim masing-masing pada minit ke 40 dan 76. Meskipun Sarawak berjaya mempamerkan perubahan dari segi corak permainan, namun tidak cukup untuk menandingi kehebatan JDT. Kekalahan ini …

Nasib Sarawak Semakin Suram, Tewas 2-4 Kepada Melaka

Julai 26, Sarawak hanya mampu menyalahkan diri sendiri setelah tewas 2-4 kepada Melaka dalam perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat sebentar tadi. Tiada apa yang dapat diperkatakan setelah melepaskan tiga gol dalam tempoh sembilan minit di babak pertama dan satu gol di lewat penghujung perlawanan kepada lawan meskipun pada satu ketika berjaya mendahului …

[Liga Super] Melaka Dahului Sarawak 3-2

Julai 26, Sarawak gagal mempertahankan kelebihan dua gol pertengahan babak pertama apabila gagal menyekat kebangkitan Melaka yang berjaya bangkit dalam tempoh sembilan minit untuk mendahului Sarawak 3-2. Sarawak terlebih dahulu mengejutkan Melaka menerusi jaringan Mateo Roskam pada minit 23, sebelum Tommy Mawat melebarkan kedudukan kepada 2-0 pada minit 30. Namun, kegembiraan Sarawak tidak kekal lama …

“Kita sepatutnya boleh beraksi lebih baik”: Pengiran Bala

“Kita sepatutnya boleh beraksi lebih baik”. Itu antara kata-kata jurulatih Sarawak, Pengiran Bala yang kecewa dengan aksi anak buahnya terutama pada separuh masa pertama. Baginya, pemain-pemain telah memberikan terlalu banyak ruang kepada pasukan Pkns untuk menguasai bola selain lambat untuk menutup ruang yang menjurus kepada jaringan tunggal Pkns. Disamping itu juga, beliau menjelaskan yang pasukan …

[Liga Super] Cari Kemenangan Pertama Di Tempat Sendiri

Julai 20, satu-satunya perkara yang masih gagal dilakukan oleh Sarawak setakat ini ialah meraih kemenangan di tempat sendiri dalam saingan Liga Super 2017. Daripada 7 aksi di tempat sendiri, Sarawak mencatatkan 3 seri dan kalah 4 kali. Berdasarkan perkembangan positif sejak Pengiran Bala mengambil alih pasukan, mungkinkah sentuhannya bakal menyaksikan Sarawak berjaya mencatatkan kemenangan pertama …