Serian FA Tangguhkan Keputusan Untuk Sertai Piala FAM

Mesyuarat Serian FA yang diadakan semalam masih mengekalkan pengurusan LBR musim lepas untuk menerajui LBR 2017/2018. Namun keputusan sama ada Serian FA bakal menyertai Piala FAM 2018 ataupun tidak masih belum diputuskan.

Pemilihan Pemain untuk LBR 2017/2018 Serian FA pula akan diadakan pada  8 ( sabtu ) & 9 ( ahad ) julai 2017 bermula pada pukul 1.00 petang bertempat di Stadium Mini Serian. Pemain-pemain yang berminat harus berumur kurang dari 28 tahun untuk menyertai pemilihan ini.

Manakala Liga Serian pula akan bermula pada 29.07.2017. Penyertaan hanya dihadkan kepada 10 pasukan sahaja dan berstatus jemputan.

Futsal Bawah 20 tahun Bahagian Serian dengan kerjasama KBSS juga dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos 2017.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi :
Phillip Jabu – 0135774549
Abang Marzuki – 0198481505
Aloysius Jeris – 0138476719

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *