Jangan Leka Dengan Kemenangan Semalam

Julai 2, kejayaan semalam dianggap cukup melegakan bagi kem Sarawak setelah menerima pelbagai tekanan hebat daripada para penyokong. Lebih-lebih lagi ini adalah kemenangan pertama sejak kali terakhir menang ke atas PKNS pada 25 Februari lepas pada cabaran liga.

Namun, Sarawak diingatkan untuk tidak leka dengan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan kerana ini adalah permulaan kepada cabaran getir jadual ketat sepanjang bulan Julai. Sarawak bakal berdepan 8 lagi perlawanan Liga Super serta Piala Malaysia sepanjang bulan ini dengan purata rehat 3-4 hari setiap perlawanan.

Berbanding dengan pasukan lain, atas faktor perjalanan Sarawak hanya memiliki masa satu hari rehat penuh setelah ditolak masa perjalanan sebelum membuka tirai perlawanan Piala Malaysia 2017 bertemu JDT di tempat lawan pada 4 Julai ini.

Hanya kekuatan mental serta percaturan taktikal yang bijak sahaja yang mampu memastikan Sarawak terus memberi cabaran.

[Perlawanan Sarawak Di Bulan Julai]
[01/07] Kelantan / MSL / Away Menang 2-0
[04/07] JDT / Piala Malaysia / Away
[08/07] Selangor / Piala Malaysia / Home
[11/07] Felda United / MSL / Home
[15/07] JDT / MSL /Away
[18/07] Terengganu / Piala Malaysia / Home
[22/07] PKNS / MSL / Home
[26/07] Melaka / MSL / Away
[29/07] JDT / Piala Malaysia / Home
*Sarawak juga ada perlawanan pada 2 & 5/8

Foto: Kosmo (2 Julai 2017)

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *