[Liga Super] David Usop Puji Milos Raickovic

Julai 2, ketua jurulatih Sarawak David Usop menghamburkan pujian kepada para pemain terutama tonggak import tengah Milos Raickovic di atas kejayaan menewaskan Kelantan 2-0 semalam. Bagi beliau Milos berjaya memainkan peranannya di jentera dengan cukup baik  mengawal tempo permainan serta sering menang dalam perebutan bola dengan pemain Kelantan.

Sarawak memungut tiga mata penuh menerusi jaringan Demerson dan Roskam. Ini adalah kemenangan ketiga buat Sarawak dalam kempen Liga Super 2017 setelah kali terakhir berbuat demikian pada 25 Februari 2017 menewaskan PKNS dengan jaringan 3-2 di tempat lawan.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *