Sarawak Melonjak Tangga Ke-9, Tapi Masih Belum Selamat

Julai 1, kemenangan 2-0 ke atas Kelantan semalam melonjakkan Sarawak ke tangga kesembilan carta Liga Super 2017. Tetapi, masih belum cukup selamat kerana hanya dipisahkan dua mata dengan pasukan bawahan iaitu Melaka dan PKNS.

Namun, kemenangan ini pastinya menjadi pembakar semangat kepada para pemain yang sekian lama dahagakan kemenangan. Kali terakhir Sarawak mencatatkan kemenangan di LIga Super ialah pada 25 Februari 2017 menewaskan PKNS dengan jaringan 3-2 di tempat lawan.

Sarawak akan bertemu Felda (11/7) dan JDT (15/7) untuk perlawanan Liga Super yang seterusnya.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *