Milos vs Insa siapa lebih hebat di tengah?

Julai 4 Kuching : Pertemuan pada malam ini akan menyaksikan pertembungan Milos dan Insa di jentera tengah.

Kedua- dua pemain ini berjaya membantu pasukan masing- masing mencatatkan kemenangan pada saingan Liga Super tempoh hari.

Pemain tengah baru Sarawak iaitu Milos berjaya mencuri tumpuan dengan kemampuannya mengawal bahagian tengah bersama Awang Kamaruddin, Tommy Mawat dan Abdul Rahim. Jentera tengah Sarawak dilihat lebih ‘hidup’ berbanding dengan perlawanan sebelum ini. Malam ini Milos bakal diuji kemampuannya apabila bertemu antara jentera midfield terbaik negara. Perlawanan malam ini akan memberi petunjuk adakah beliau benar- benar menepati ciri-ciri midfield idaman Sarawak atau sebaliknya

Di pihak JDT, jangan pandang rendah reputasi Natxo Insa. Pemain yang cukup berpengalaman di liga Eropah ini bakal dibantu oleh Amirul Hadi dan dan Shafiq Rahim bisa membuat Sarawak berputih mata jika diberi terlalu banyak ruang.

Artikel : SSB
Foto Insa : JST

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *