Ujian Sebenar Nanti Sarawak Malam Ini

Julai 4, ujian sebenar keupayaan Sarawak bakal ditentukan malam ini di Larkin pada saingan pembuka Piala Malaysia 2017. Berdepan dengan pasukan yang hampir serba lengkap di semua posisi, anak-anak buah David Usop dijangka bakal diuji sepenuhnya oleh barisan pemain pimpinan Ulisses Morais.

Jika Sarawak mampu mengekalkan rentak seperti perlawanan sebelum ini, tidak mustahil sesuatu yang positif boleh diraih. Namun, cabaran mungkin berbeza kerana dua aksi sebelum ini berlangsung di padang becak yang dilihat oleh para pemerhati bolasepak sebagai menyumbang sedikit tuah.

Sarawak perlu merangka strategi yang lebih sesuai berdepan pasukan seperti JDT jika cuaca serta padang permainan berada dalam keadaan yang terbaik. Terpulang kepada para pemain untuk membuktikan keputusan sebelum ini bukanlah nasib semata-mata.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *