[Piala Belia] Misi Kemenangan Bertemu Pahang Di Tempat Lawan

Julai 6, skuad Piala Belia Sarawak kini berada di landasan terbaik untuk menjadi tiga pasukan teratas sebaik sahaja Piala Belia melabuhkan tirainya. Berbaki tiga lagi perlawanan, dengan syarat tidak mencicirkan sebarang mata, Sarawak berpeluang sekurang-kurangnya mencipta sejarah menjadi naib juara untuk memintas Kedah yang hanya dipisahkan dengan satu mata.

Untuk jurulatih Sarawak, amat berharap kemenangan dapat diperolehi apabila bertemu Pahang di tempat lawan pada hujung minggu ini untuk berada di kedudukan lebih selesa. Ini kerana dua lagi pasukan di belakang Sarawak iaitu SSTMI B17 dan Terengganu juga berupaya untuk memintas Sarawak yang kini berada di tempat ketiga.

Artikel: SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *