Letih ? Pilihan Yang Ada Guna Sistem Giliran Pemain

Julai 7, alasan keletihan sebagai punca kekalahan 0-4 kepada JDT menjadi perdebatan hangat di kalangan penyokong Sarawak tempoh hari. Jika sebelum perlawanan, dikhabarkan pemain berada dalam prestasi dan keadaan terbaik, namun nada secara tiba-tiba bertukar menyalahkan keletihan apabila tewas teruk.

Tidak dinafikan perkara ini menjadi faktor penyumbang berdasarkan anggaran masa persiapan dan perjalanan yang perlu diambil oleh sebuah pasukan yang terpaksa menyeberang Laut China Selatan sebelum tiba di destinasi.

Satu perkara yang mustahil untuk menggunakan 11 pemain yang sama untuk 9 perlawanan selang setiap 3 atau 4 hari yang jika tidak kena pada caranya boleh membawa kepada kecederaan serius kepada pemain. Berdasarkan jumlah perlawanan di bulan Julai, tempoh rehat di antara perlawanan serta keutamaan antara Liga Super dan Piala Malaysia, ternyata kepentingan untuk kekal di Liga Super adalah lebih penting.

Untuk itu adalah lebih baik, Sarawak menggunakan sistem giliran pemain untuk Piala Malaysia bagi memastikan pasukan mempunyai ‘simpanan’ pemain utama yang mencukupi untuk aksi Liga Super. Tetapi, penyokong harus bersedia menerima apa sahaja keputusan yang bakal berlaku kerana kualiti antara pemain utama dan pemain simpanan masih jauh.

Jika Sarawak masih ingin bersaing di Piala Malaysia, maka tumpuan harus diberikan kepada perlawanan no.2, 3 dan 4 kerana kesemua perlawanan akan berlangsung di tempat sendiri. Seandainya, congakan ke suku akhir Piala Malaysia sudah tertutup, baki perlawanan yang seterusnya Sarawak perlu merehatkan pemain-pemain utama dan memberi peluang kepada pemain simpanan beraksi.

Artikel: SSB
Foto: JST

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *