Separuh Masa Pertama – Selangor Mendahului 0-1

Perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Selangor pada malam ini melihat Selangor membawa bekalan satu gol pada separuh masa pertama.

Permainan yang agak membosankan daripada kedua-dua pasukan diberi nafas oleh gol jaringan Forkey Doe pada minit ke 39.

Sarawak kelihatan tiada hala tuju manakala Selangor menguasai permainan dan membuat serangan melalui build up play yang teratur.

Sarawak perlu bangun daripada tidur untuk mengelakkan kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia ini.

A football junkie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *