“Tewas Kepada Pasukan Yang Lebih Berpengalaman” – David Usop

Jurulatih Sarawak David Usop ditemuramah selepas perlawanan malam tadi menyatakan yang anak buahnya melepaskan dua gol mudah dikala perlawanan dilihat agak seimbang untuk kedua-dua pasukan.

Gol sendiri Dzulazlan Ibrahim nyata menyukarkan lagi misi Sarawak namun beliau tidak menyalahkan pemain pertahanan nya itu sebaliknya menyifatkan pasukan Selangor lebih berpengalaman untuk mempertahankan kedudukan tersebut.

Selain itu ketiadaan Mateo Roskam akibat kecederaan juga menyebabkan barisan serangan agak hilang arah dan mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan Selangor.

Ditanya sama ada Sarawak ingin memberi lebih tumpuan kepada saingan liga Super, David menyatakan yang mereka masih mempunyai baki empat perlawanan dalam saingan Piala Malaysia dan mereka masih belum mahu mengalah.

Sarawak akan menentang Felda United di tempat sendiri selasa ini dalam saingan liga Super dan David sudah pasti mahukan anak buahnya untuk terus berjuang dalam memastikan Sarawak kekal di liga Super musim depan.

 

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *