[Liga Super] Felda Mudah Tewaskan Sarawak 3-1

Julai 11, impian Sarawak untuk mencatatkan kemenangan pertama Liga Super 2017 di tempat sendiri terus tidak kesampaian apabila tewas kepada Felda 1-3.

Sarawak hanya melakukan dua rombakan malam ini apabila meletakkan Roskam dan Alif dalam kesebelasan utama Namun, tidak cukup untuk menyekat kehebatan pasukan lawan yang menyaksikan Thiago mencipta hat trick dengan jaringan di minit 8, 34 dan 54.  Jaringan cantik Alif tidak cukup untuk membantu Sarawak menutup persembahan buruk pada malam ini.

Derita Sarawak terus bertambah apabila Hairol Mokhar dilayangkan kad merah di penghujung babak kedua. Hairol yang menggantikan Demerson akibat kecederaan diarahkan keluar padang setelah menyiku Thiago.

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *