Penyokong Hilang Sabar, Mahu FAS Bertindak

Julai 12, majoriti penyokong sudah hilang sabar selepas kekalahan terbaru kepada Felda malam tadi.  Seakan enggan mendengar lagi alasan demi alasan kekalahan, mereka menuntut dan mendesak pihak pengurusan FAS terutama Presiden FA Dato Posa untuk segera melakukan tindakan drastik bagi mengembalikan semula Sarawak di landasan yang sebenar sebelum terlambat.

Sarawak sebelum ini seakan mendapat sinar apabila menang 2-0 ke atas Kelantan dalam perlawanan pertama selepas rehat panjang, namun segala-galanya kembali suram apabila tewas tiga kali berturut-turut di tangan JDT (0-4), Selangor (1-2) dan terbaru kepada Felda (1-3).

Apakah FAS akan bertindak dalam waktu terdekat ini atau pasrah kepada takdir semata-mata ?

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *