Pengiran Bala Perlu Segera ‘Baiki’ Sarawak

Julai 13, ketua jurulatih baru Sarawak Pengiran Bala tidak mempunyai masa yg banyak sebelum berdepan tugasan pertama bertemu JDT pada Sabtu untuk saingan Liga Super. Untuk ini, Pengiran Bala perlu segera keluar dari bayang-bayang David Usop dan melakukan apa yang patut dilakukan.

Cabaran pertama beliau ialah perlu mengembalikan semula keyakinan dan semangat pemain yg terjejas rentetan kekalahan demi kekalahan sebelum ini. Pada saat dan ketika ini pemain perlu dimotivasikan bagi menghadapi baki perlawanan yang sedia ada.

Seterusnya ialah Pengiran Bala perlu menyusun semula pasukan Sarawak yang berdepan dengan krisis kecederaan dan pergantungan. Sudah masanya juga pemain-pemain seperti Hafiz Abu Bakar, Hafis Saperi, Izray (sekadar menyebut beberapa nama) diberi peluang beraksi jika perlu untuk menggantikan pemain regular yang keletihan atau cedera.

Apa yang kita harapkan juga aspek taktikal diperbaiki dan diperhalusi yang dilihat dari kaca mata pemerhati bolasepak agak mudah dibaca oleh lawan.

Semoga berjaya !!!

Artikel: SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *