Pengiran Bala Terus Kekal Sehingga Penghujung Musim – Datu Posa

Julai 14, dalam petikan akbar Utusan Sarawak, Presiden Bolasepak Sarawak Dato Posa Majais menjelaskan Pengiran Bala akan kekal menerajui Sarawak sehingga penghujung musim 2017. Beliau juga berharap dengan pengalaman Pengiran Bala mengemudi skuad senior 2006/2007 dan Piala Belia 2016 akan dapat membantu membawa perubahan positif kepada skuad Sarawak.

Sarawak ketika ini amat memerlukan keajaiban untuk bangkit semula memberi cabaran di Liga Super dan Piala Malaysia. Berdasarkan situasi terkini, ada kemungkinan Sarawak lebih menumpukan kepada perjuangan untuk kekal di Liga Super.

Ada kemungkinan juga pemain-pemain dari skuad Piala Presiden terutama di barisan pertahanan akan dibawa masuk untuk membantu kepincangan yang sedia.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *