[Piala Belia] Pertemuan Dengan Terengganu Tentukan Nasib Sarawak

Julai 14, jaringan tunggal oleh Adif Salim membolehkan Sarawak mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas PKNS untuk membolehkan Sarawak terus bersaing di kelompok lima terbaik.

Meskipun kehilangan penjaga gol utama Shaiful Wazizi yang tercedera semasa sesi memanaskan badan, namun penggantinya Ahmad Uzair tidak menghampakan dengan aksi cemerlang.

Menyedari PKNS cukup bersemangat selepas menundukkan pendahulu liga ketua jurulatih Sarawak Safri Amit telah mempersiapkan pemain samada dari segi fizikal dan mental.

Menurut beliau, kemenangan ini tercapai apabila semua pemain berjaya melaksanakan taktik bertahan dan menyerang dengan penuh disiplin.

Sarawak masih perlu menanti perlawanan terakhir bertemu Terengganu untuk mengesahkan tempat di suku akhir. Sarawak juga berpeluang menduduki tangga kedua liga bergantung kepada lain-lain keputusan.

Artikel : SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *