[Liga Super] Sarawak Tewas 1-3 Kepada JDT

Julai 15, JDt berjaya menewaskan Sarawak 3-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Larkin sebentar tadi menerusi dua jaringan oleh Ghaddar Min 11 & 75) dan Safawi Rasid (min 77). Manakala, gol tunggal Sarawak dihasilkan oleh Sahil Suhaimi pada minit ke 63.

Sarawak yang terpaksa melakukan beberapa rombakan ketinggalan seawal minit ke 11 kepada JDT hasil jaringan Ghaddar. Sarawak berjaya mengejutkan JDT apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Sahil yang juga gol pertamanya bersama Sarawak.

Tersentak dengan jaringan oleh Sarawak, JDT kembali menggandakan asakan dan akhirnya berjaya mendapatkan dua gol lagi menerusi Ghaddar dan Safawi untuk menjadikan kedudukan 3-1 yang kekal sehingga penghujung perlawanan.

Artikel: SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *