[Piala Malaysia] Wajib Menang Jika Masih Mahu Bersaing ..

Julai 18, jika Sarawak berhasrat masih mahu bersaing di Piala Malaysia, pertemuan dengan Terengganu adalah peluang terakhir untuk berbuat demikian dengan wajib mencatatkan kemenangan. Setelah tewas dua perlawanan awal, peluang untuk Sarawak seakan-akan sudah tertutup rapat.

Namun, berdasarkan situasi semasa Sarawak mungkin harus lupakan sahaja Piala Malaysia dengan ramai pemain regular masih cedera, dalam penggantungan atau perlu direhatkan untuk misi lebih penting di Liga Super. Dalam erti kata lain, malam ini adalah medan terbaik untuk menampilkan pemain-pemain simpanan beraksi.

Apa yang penting, Pengiran Bala harus diberi peluang untuk merencana dan menyusun pasukan tanpa desakan dari mana-mana pihak.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *