Pengiran Bala Bangga Dengan Semangat Pemain

Jurulatih Sarawak Pengiran Bala cukup berbangga dengan semangat pemain-pemain tempatan Sarawak yang diturunkan menentang Terengganu malam tadi walaupun sekadar seri tanpa jaringan.

 

Pemain Tempatan Mampu Bersaing

Baginya adalah lebih penting untuk pemain-pemain membuktikan yang mereka mampu bersaing dan juga membuktikan yang keputusannya tepat untuk menurunkan mereka walaupun kebanyakkan pemain malam tadi agak jarang diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama. Ianya juga memberi peluang kepada beliau untuk menilai pemain yang sesuai untuk diturunkan dalam perlawanan Liga Super menentang PKNS FC pada sabtu ini.

 

Tahap Kecederaan

Ditanya mengenai tahap kecederaan pemain, beliau memberitahu hanya pemain import Demerson Bruno dan ketua pasukan Ronny Harun yang masih cedera sementara pemain-pemain lain kebanyakkannya hanya mengalami kecederaan ringan.

 

Gambar: CSNSportsTalk

 

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *