You are here

“Kita sepatutnya boleh beraksi lebih baik”: Pengiran Bala

“Kita sepatutnya boleh beraksi lebih baik”. Itu antara kata-kata jurulatih Sarawak, Pengiran Bala yang kecewa dengan aksi anak buahnya terutama pada separuh masa pertama. Baginya, pemain-pemain telah memberikan terlalu banyak ruang kepada pasukan Pkns untuk menguasai bola selain lambat untuk menutup ruang yang menjurus kepada jaringan tunggal Pkns.

Disamping itu juga, beliau menjelaskan yang pasukan Sarawak amat terasa akan ketiadaan dua tonggak utama di bahagian pertahanan iaitu pemain import Demerson Bruno Costa dan ketua pasukan Ronny Harun yang masih dibelenggu kecederaan dan terpaksa menggunakan pemain yang sedia ada untuk meneruskan perlawanan.

Ditanya lagi mengenai perlawanan seterusnya menentang Melaka dalam aksi liga super di tempat lawan, beliau menjelaskan akan mengadakan perbincangan dengan fisioterapi pasukan untuk memastikan tahap kecederaan pemain dan apa yang pasti, berkemungkinan besar beliau akan memanggil beberapa pemain dari pasukan piala presiden untuk membantu pasukan.

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Zubizaretta

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Top