[Liga Super] Melaka Dahului Sarawak 3-2

Julai 26, Sarawak gagal mempertahankan kelebihan dua gol pertengahan babak pertama apabila gagal menyekat kebangkitan Melaka yang berjaya bangkit dalam tempoh sembilan minit untuk mendahului Sarawak 3-2.

Sarawak terlebih dahulu mengejutkan Melaka menerusi jaringan Mateo Roskam pada minit 23, sebelum Tommy Mawat melebarkan kedudukan kepada 2-0 pada minit 30. Namun, kegembiraan Sarawak tidak kekal lama apabila Marco Simic merapatkan kedudukan pada mnit 31, dikuti jaringan Fauzi Roslan pada mnit 35.

Perlawanan yang cukup rancak ini menyaksikan Melaka terus menghukum benteng pertahanan Sarawak apabila R.Surendran meletakkan pasukan tuan rumah di depan. Perlawanan berlangsung di Stadium Hang Jebat di mana kedua-dua pasukan perlukan kemenangan untuk keluar dari xon bahaya.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *