Nasib pasukan ditangan pemain

Bila Gik Nak Menang?

Bunyi rupa kasar tapi sebenarnya sik. Lamak juak rasanya kita sik cerik menang last hariya lawan Kelantan di tempat lawan. Rasanya kedak sik lamak sebab baru awal bulan tok jak pun menang lawan Kelantan ya tapi oleh kerana banyak perlawanan bulan tok jadi lamak lah rasanya.

Nasib Pasukan Ditangan Pemain!

Bunyi pun kasar juak tapi ya lah hakikatnya. Siapa gik mun bukan pemain atas padang yang menentukannya. Tukar jurulatih, tukar pemain import pun udah jadi kita perlu ambik kesempatan dari ya. Aok, mungkin kita banyak kelemahan dgn kekurangan sik kedak team lain nok berbelanja besar tapi main bol tok sepasukan bukan individu sik ada alasan untuk kita mengalah sebelum berjuang bak kata orang.

Kau Pandei Kaulah Main Gak!

Hahaha. Ya jak lah alasan kita dengar bila orang rami mula mengkritik. Betul, berat mata memandang berat gik bahu nok memikul. Penulis pun bersetuju dengan perumpamaan tok tapi harus ditauk, kesabaran orang semua ada limit. Penyokong kritik sebab kecewa dengan prestasi pasukan. Kritik dan kecewa sebab sidak sayang dengan pasukan. Mulut orang kita sik dapat tutup. Selagi ya keputusan sik memuaskan, selagi ya lah penyokong akan mengkritik tapi sigeklah, kita kritik tok ada batasnya. Mencaci menghina terutama dari segi fizikal individu amat mendukacitakan penulis. Bukan gia olahan kita orang Sarawak nak?

Pengurusan Molah Apa?

Disitok banyak kerja belakang tadbir. Awal musim bila pengurusan baru ambik alih, penyokong dah mula pasang harapan baru. Tapi harus diingat kewangan yang dapat dibelanjakan adalah terhad. Walaupun terhad, pengurusan baru cuba juak sedaya upaya untuk menyediakan sebuah pasukan yang boleh bersaing sebaik mungkin. Yalah, nama kita tok manusia sik semuanya perfect. Ada masa molah keputusan yang silap dan juak molah keputusan nok betul. Ada juak individu yang betul ada juak yang sik betul semua ya ada. Pengurusan perlu bijak bila bab-bab mengurus dan paling penting bab-bab kewangan tok sebab kita sik maok kesilapan lama berulang kembali. Yang penting harus komited dan amanah dalam menjalankan tugas.

Bagus Turun Liga Perdana Jak!

Kitak orang ingat liga perdana ya sama kedak tahun 2013 kah? Ada jaminan kah mun turun ke liga perdana kita dapat membina pasukan dan nait agik? Dalam zaman kompetitif tok, pelaburan dan kewangan memainkan peranan besar. Cukup mun kita lihat macam nei kompetitifnya liga perdana kinek tok. Pasukan lain semuanya berbelanja besar. Beli pemain bukan sebarang-barang ya. Semua berlumba-lumba maok nait ke liga super. Sik semudah kedak dolok gik.

Boleh Menang Sik Malam Tok?

Kenaknya sik boleh menang. Bol ya bulat. Usaha jak mena-mena sia dan yakin dengan dirik serta rakan sepasukan tapi jangan lah over confident gilak. Sik mustahil bah. Anggap jak semua baki perlawanan liga super tok kedak final. Biar mati-matian. Ambik semangat orang Jepun. Sampei nitit aek mata sidak bila bermain dengan penuh semangat didada dan jiwa. Jurulatih cuma dapat ngator taktikal jak, yang lain semua atas usaha pemain-pemain dirik pun. Penyokong-penyokong semua percaya kitak orang boleh melakukannya jadi main jak sehabis bait malam tok. Biar tekanan ya kitak orang tukar jadi semangat diatas padang demi IBU PERTIWIKU.PJ

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *