Nasib Sarawak Semakin Suram, Tewas 2-4 Kepada Melaka

Julai 26, Sarawak hanya mampu menyalahkan diri sendiri setelah tewas 2-4 kepada Melaka dalam perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

Tiada apa yang dapat diperkatakan setelah melepaskan tiga gol dalam tempoh sembilan minit di babak pertama dan satu gol di lewat penghujung perlawanan kepada lawan meskipun pada satu ketika berjaya mendahului Melaka dengan jaringan 2-0. Perlawanan yang dianggap sebagai relegation battle ini menyaksikan Melaka berjaya memintas Sarawak pada kedudukan liga.

Sarawak terlebih dahulu mengejutkan Melaka menerusi jaringan Mateo Roskam pada minit 23, sebelum Tommy Mawat melebarkan kedudukan kepada 2-0 pada minit 30. Namun, kegembiraan Sarawak tidak kekal lama apabila Marco Simic merapatkan kedudukan pada mnit 31, dikuti jaringan Fauzi Roslan pada mnit 35.

Perlawanan yang cukup rancak ini menyaksikan Melaka terus menghukum benteng pertahanan Sarawak apabila R.Surendran meletakkan pasukan tuan rumah di depan.

Melaka melengkapkan malam cemerlang dengan gol keempat pada minit 90 menerusi De Souza.

Kekalahan ini menyebabkan harapan Sarawak untuk kekal di liga semakin sukar, dalam masa yang sama pasukan terbawah liga Pulau Pinang kian merapati Sarawak setelah turut mencatatkan kemenangan menewaskan Pahang.

Foto: Melaka United

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *