“Kamek Sik Akan Mudah Mengalah”: Dato Posa Majais

“Kamek sik akan mudah mengalah”. Begitulah kenyataan presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais ketika diajukan soalan berkenaan prestasi pasukan Sarawak yang terumbang-ambing ketika ini. Baginya setelah lapan bulan menerajui FAS, banyak perkara yang beliau telah pelajari dan akan menjadikan segala kesilapan dan kelemahan dalam persatuan sebagai iktibar untuk diperbaiki musim hadapan.

Baginya lagi, masih banyak yang perlu dihalusi untuk memacu persatuan ke arah penswastaan lebih-lebih lagi dalam beberapa pemain yang mempunyai kontrak dua musim. Hanya selepas kontrak pemain tersebut tamat barulah pihaknya boleh mengatur segala perancangan baru.

Ketika ditanya mengenai dana pasukan Sarawak musim ini, beliau mengakui yang Sarawak mempunyai bajet yang paling kecil antara semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia namun menjadi antara pasukan yang berbelanja tinggi dalam melibatkan kos pengangkutan dan logistik. Selain itu, pampasan yang terpaksa dibayar kepada bekas pemain mengempiskan lagi dana pasukan. Menurutnya lagi, setakat kini perbelanjaan pasukan Sarawak telah pun mencapai RM 9 juta namun beliau tidak mahu pihak lain bimbang kerana beliau sendiri akan memikirkan cara untuk menyelesaikan setiap permasalahan dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai presiden.

Ditanya mengenai perlawanan Piala Malaysia menentang Jdt sabtu lepas, beliau berpuas hati dengan semangat pemain-pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi terutamanya pemain-pemain muda yang diturunkan namun mengakui Jdt berada di kelasnya yang tersendiri disamping berharap yang pasukan Sarawak akan memenangi baki perlawanan dalam saingan Liga Super untuk memastikan Sarawak tidak terjeremus ke saingan Liga Perdana musim depan.

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *