You are here
Home > Liga Super

[Liga Super] Sarawak Catat Kemenangan Pertama Tempat Sendiri, Menang 2-0

Ogos 5, setelah menanti selama 182 hari Sarawak akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan pertama di Stadium Negeri. Kemenangan ini hadir setelah berjaya menewaskan Pulau Pinang dengan jaringan 2-0. Pertemuan yang dianggap sebagai relegation battle kerana kedua-dua pasukan perlukan tiga mata penuh untuk mengelakkan diri dari jatuh ke Liga Perdana.

Terikat 0-0 di separuh masa pertama, Sarawak berjaya bangkit di separuh masa kedua. Kedua-dua gol Sarawak hadir di separuh masa kedua menerusi jaringan Mohd Alif dan Awang Kamaruddin. Gol pertama Sarawak hadir menerusi tandukan Mohd Alif pada minit ke 51 berpunca daripada sepakan percuma Milos Raikovic. Awang Kamaruddin melengkapkan malam cemerlang Sarawak menerusi gol cantik dari jarak 30 meter pada minit ke 71.

Kedudukan 2-0 ini kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus melegakan kem Sarawak terutama jurulatih Pengiran Bala untuk terus kekal di Liga Super.

The Writer …

Mr Scrittore

The Writer …

Leave a Reply

Top