Tugas yang berliku namun tidak mustahil

Jurulatih Sarawak, Pengiran Bala mengakui Sarawak berdepan tugas yang amat berat untuk menandingi pasukan Pahang di Stadium Darulmakmur namun baginya tidak mustahil anak buahnya mampu melakukan kejutan.

Dalam temubualnya dengan pihak SSB sebentar tadi, beliau menyatakan yang paling penting anak buahnya perlu bekerja keras dan bermain dengan komitmen yang sepenuhnya jika mereka ingin melakarkan kejutan ke atas pasukan tuan rumah.

Ditanya mengenai tahap kecederaan, Pengiran Bala mengesahkan yang ketua pasukan, Ronny Harun tidak akan dapat beraksi berikutan masih belum pulih dari kecederaan namun percaya yang penggantinya akan mampu menggalas tugas dengan baik.

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *