[Liga Super 2017] Sarawak Bangkit Tumbangkan Kedah 4-2

September 27, Sarawak mencatatkan kebangkitan dramatik di separuh masa kedua untuk menewaskan Kedah dengan jaringan 4-2 di Stadium Negeri Sarawak sebentar tadi. Empat gol di babak kedua menerusi Shamie (min 53), Mateo (min 58 & 63) dan Hairol Mokhtar (min 76) berjaya memadamkan kelebihan dua gol Kedah di separuh masa pertama.

Terlebih dahulu Kedah bermula garang di separuh masa pertama apabila mendahului Sarawak seawal minit ke 7 menerusi Ken Ilso. Meskipun Kedah tidak beraksi di tahap terbaik, namun kelibat dua pemain import mereka iaitu Liridon dan Sandro cukup sukar dikawal. Sejurus sebelum tamat perlawanan, Badrol Bakhtiar menambahkan derita tuan rumah pada minit ke 45 akibat kesilapan Alif yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Kemenangan ini menghidupkan peluang Sarawak untuk kekal di Liga Super 2018. Bergantung kepada keputusan perlawanan Kelantan dan PKNS, nasib Sarawak hanya akan dapat diketahui pada perlawanan terakhir menentang T-Team pada 21 Oktober 2017.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *