You are here
Home > Liga Super

Sarawak Mungkin Terpaksa Lupakan Liga Malaysia 2018

Oct 7, Sarawak mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Malaysia 2018 apabila isu lesen berdepan dengan masalah yang cukup rumit untuk diselesaikan.

Menurut petikan daripada Borneo Post, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menyatakan mereka tidak ada pilihan memandangkan FMLPP memberi tempoh sehingga 16 Oktober depan, untuk persatuan itu menghantar dokumen dan menyelesaikan hutang tertunggak yang difahamkan mencecah RM 1 juta ringgit kepada badan-badan wajib, bagi membolehkan lesennya diperbaharui.

Dato Posa juga juga dipetik akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini demi memastikan Sarawak masih mampu bersaing di Liga Malaysia musim depan.

Sarawak masih memiliki satu lagi perlawanan menentang T-Team pada 28 Oktober 2017 yang juga penentuan hidup mati kekal di liga super pada musim depan.

Kredit: Borneo Post  / SSB

The Writer …

Mr Scrittore

The Writer …

Leave a Reply

Top