Apa Nasib Kami ?

Okt 9. apa nasib kami ? Mungkin itulah yang sedang bermain di fikiran para pemain ekoran situasi yang melanda bolasepak Sarawak ketika ini. Saban tahun, apa saja masalah yang berlaku, para pemain lah yang menjadi mangsa keadaan. Walhal mereka lah yang bermain di padang, namun tidak mampu bersuara hanya sekadar mampu mendengar dan berharap.

Jika isu terkini gagal diselesaikan dengan segera oleh kedua-dua pihak, ini bakal mengundang campur tangan secara paksa oleh beberapa badan tertentu yang difahamkan sedang memerhati dengan penuh minat ketika ini.

Harus diingat, jika penyeleasaian dana berbentuk kecemasan pula hanya bersifat sementara dan bukannya penyembuh.

Kita juga sudah mendapat maklumat daripada kedua-dua pihak yang berkenaan, namun biarlah penjelasan rasmi datang daripada mereka sendiri.

Paling penting, periuk nasi para pemain dari skuad senior, presiden sehingga ke belia tidak terjejas. Dengan baki satu perlawanan yang tinggal, pastinya ada di antara pemain tertanya-tanya masa depan mereka.

SSB

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *