FAS Optimistik Lesen Kelab Akan Diluluskan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Borneo Post hari ini, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menerusi setiausaha agungnya, Razali Dolhan optimistik yang pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Football Malaysia Limited Liabilities Partnership (FMLLP) akan menerima dan meluluskan permohonan FAS untuk mendapatkan lesen kelab dan seterusnya membolehkan pasukan Sarawak untuk bertanding dalam Liga Super musim depan.

Memberitahu Borneo Post, Razali menyatakan yang pihak persatuan telah bekerja keras sepanjang minggu lalu untuk menyiapkan segala dokumen dan keperluan yang diperlukan dan akan menghantar permohonan tersebut sebelum jam 12 tengah hari ini menerusi pegawai perlesenan FAS, Abang Rahman Abang Naim.

Mengenai kontroversi laporan kewangan FAS, Razali berkata pihaknya mempunyai opsyen lain untuk membentangkan justifikasi laporan tersebut seperti laporan kewangan pengurusan.

‘Kami telah pun mencuba sedaya upaya untuk memenuhi syarat-syarat dan segala keperluan untuk lesen tersebut dan pada masa yang sama mengharapkan pihak FAM bertolak ansur dalam meneliti permohonan kami,’jelas Razali.

Mengenai tuduhan yang FAS masih berhutang dengan KWSP, PERKESO dan LHDN, Razali menyatakan yang segala dokumen dari agensi tersebut turut disertakan untuk penelitian pihak yang berwajib.

SUMBER: BORNEO POST

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *