“Saya Serahkan Nasib Saya Kepada Pihak Pengurusan” – Pengiran Bala

“Saya serahkan nasib saya kepada pihak pengurusan”. Begitu luahan jurulatih Sarawak, Pengiran Bala ketika ditanya berkenaan nasibnya bersama pasukan Sarawak musim depan.

Baginya, masa depan pasukan berada pada landasan yang terbaik apabila ramai pemain-pemain muda tempatan yang berbakat berjaya diketengahkan musim ini. Mengakui yang dirinya juga masih berminat jika ditawarkan untuk terus menerajui pasukan musim depan, beliau berkata peluang untuk bersama membina pasukan sememangnya amat mengujakan.

Ditanya mengenai ura-ura ada segelintir pemain pasukan Sarawak yang dipancing oleh pasukan lain, beliau berkata setakat ini belum ada tawaran secara rasmi dari mana-mana pasukan namun ada kemungkinan pihaknya akan mengetahui tentang perkara tersebut dalam masa terdekat.

Bercakap tentang perlawanan malam tadi, beliau berkata anak buahnya telah bermain dengan sebaik mungkin namun banyak mensia-siakan peluang terutama di separuh masa kedua selain dari kecemerlangan penjaga gawang T Team. Selain itu, beliau juga mengakui yang konsentrasi anak buahnya sedikit sebanyak terganggu selepas mereka mendapat perkhabaran yang pasukan Kelantan sedang mendahului Melaka United namun menegaskan apa yang paling penting dalam bolasepak, hanya kemenangan yang akan menentukan segalanya.

Artikel: SSB

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *