Separuh dari skuad Sarawak 2017 angkat kaki. Siapa yang tinggal?

Sarawak kehilangan hampir separuh dari skuad Sarawak musim 2017. Mari kita lihat pemain mana yang tinggal untuk saingan musim depan. Ada juga ura-ura mengatakan sebahagian dari pemain-pemain senior akan bersara sebagai pemain, tapi bergantung dengan pengurusan FAS sama ada untuk menyambung kontrak mereka atau sebaliknya. 

Dari perkembangan di facebook pemain-pemain dari skuad Piala Presiden, sebahagian besar daripada mereka ada ditawarkan kontrak untuk beraksi bersama skuad senior musim depan di bawah kendalian Pengiran Bala.

SSB melihat langkah yang di ambil pengurusan FAS lebih ke arah ‘reduce expenses’ untuk saingan musim hadapan. Dengan bajet yang terhad, langkah yang di ambil adalah dengan meletakkan pemain-pemain muda dalam skuad senior.

Walau apa pun yang berlaku, ketua jurulatih Pengiran Bala mesti diberi kebebasan untuk memilih pemain-pemain yang beliau rasakan mampu memikul tanggungjawab besar ini secepat mungkin. Kebanyakan pasukan di seberang sana akan memulakan pemilihan pemain seawal minggu hadapan.

SSB berharap agak pihak pengurusan FAS pantas bertindak mengikat kontrak pemain-pemain muda musim lepas, set up dan finalize pasukan secepat mungkin, musim hadapan akan dihadapi dengan persediaan yang cukup.

REGISTER & SHOP AT PG MALL!

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *