Temubual Eksklusif SSB Bersama Shamie Iszuan

Berita perpindahan tiga bintang muda iaitu Shamie Iszuan, Tommy Mawat dan Shreen Tambi ke PJ Rangers menjadi satu detik yang agak mengejutkan buat peminat bola sepak Sarawak.

Ramai peminat bola sepak terkejut dengan perpindahan mereka bertiga ke pasukan berstatus kelab yang beraksi di Liga FAM.

Namun begitu, dalam satu temu ramah eksklusif bersama SSB, Shamie Iszuan telah menyatakan bahawa keputusannya adalah berasaskan keinginan untuk mencari pengalaman baru untuk mengembangkan lagi bakat dan juga belajar benda baru serta menambah ilmu sebanyak yang mungkin dalam bola sepak.

Shamie juga menambah bahawa dia begitu berterima kasih kepada pengurusan FAS yang telah menjaga kepentingan dan kebajikannya dengan bagus selama ini.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada FAS kerana tanpa peluang bermain untuk Sarawak, kebolehannya tidak akan diketahui pasukan-pasukan luar.

Shamie menyatakan bahawa dirinya amat berterima kasih kerana diberikan peluang bermain untuk Sarawak selama ini.

Shamie juga menegaskan sekiranya ada rezeki, dia berharap untuk suatu hari nanti boleh bekerjasama dengan FAS.

Sebagai pemain bola sepak, Shamie berkata bahawa dia ingin merangkul kejuaraan dan PJ Rangers memberinya peluang untuk mencapai hasratnya ini.

Good luck Shamie. Selamat maju jaya.

A football junkie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *