[Terkini] Tiga Pemain Sarawak Sah Berhijrah Ke PJ Rangers FC

Nov 2, Sarawak bakal kehilangan tiga tonggak utama yang sudah membuat keputusan berhijrah ke PJ Rangers FC pada musim depan. Pemain yang dimaksudkan ialah:

  1. Nur Shamie Iszuan
  2. Tommy Mawat
  3. Shreen Tambi

Sebelum ini SSB telah melaporkan tiga daripada lima pemain utama Sarawak bakal mencari hala tuju baru. Selain berhasrat mencari pengalaman baru, keputusan berhijrah ini juga diambil kerana perancangan rapi oleh pasukan baru serta berpeluang merangkul kejuaraan.

Kehilangan tiga pemain muda ini bakal memberi kesan kepada Sarawak yang sebelum ini telah menamatkan khidmat 7 tonggak importnya semalam.

Petaling Jaya Rangers FC dulu dikenali dengan nama Air Asia FC

Kepada tiga pemain ini kita ucapkan selamat berjaya dan keputusan mereka seharusnya kita terima dengan hati yang terbuka.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *