[Liga Perdana 2018] Pemain Piala Belia, Presiden dan LBR Jadi Pilihan Musim Depan

Nov 4, Sarawak akan menggunakan khidmat pemain Piala Belia, Piala Presiden, Liga Bolasepak Rakyat serta calon dari kejohanan Piala Sarawak untuk menyarung jersi Sarawak pada musim 2018.

FAS dalam kenyataan rasminya hari ini menyatakan penggunaan pemain import bukanlah sesuatu yang wajib. Jika pemain tempatan mampu bersaing, khidmat pemain import tidak akan diperlukan. Namun, pengambilan mereka akan dipertimbangkan apabila tiba musim jendela perpindahan.

Sarawak akan beraksi di LIga Perdana pada musim 2018 setelah seri 0-0 dengan T-Team. Untuk kembali ke LIga Super Sarawak memerlukan pasukan yang mampu bersaing serta sentiasa konsisten di dua tangga teratas liga sepanjang musim itu nanti.

Pada awal minggu ini Sarawak telah menggugurkan khidmat 11 orang pemain termasuk pemain import serta import tempatan. Tiga lagi pemain muda iaitu Nur Shamie, Tommy Mawat dan Shreen Tambi mengambil keputusan berhijrah ke pasukan lain di musim depan.

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *