Juara Dunia 4 Kali Itali Gagal ke Piala Dunia 2018

Nov 14, Itali hanya akan menjadi penonton pada pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Russia. Juara dunia empat kali ini tersingkir setelah tumpas kepada Sweden secara aggregat 0-1 pada perlawanan penentuan playoff.

Ini adalah kegagalan pertama Gli Azzurri (The Blues) melangkah kaki ke Piala Dunia sejak 1958.

Kekalahan ini juga seterusnya memberi bayangan berakhirnya era emas penjaga gol lagenda Gianlugi Buffon di karier antarabangsanya. Buffon bersama Itali memenangi Piala Dunia pada tahun 2006 setelah menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti.

Sebelum ini, dua lagi pasukan ‘edisi tetap’ Piala Dunia iaitu Chile dan USA turut gagal ke Piala Dunia 2018.

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *