Playoff: Sarawak Temu PKNP FC Tentukan Slot Liga Super 2018 ?

Nov 14, ekoran status terkini Terengganu dan T-Team yang berkemungkinan terpaksa turun ke Liga Perdana 2018, Sarawak dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berkemungkinan merebut salah satu slot Liga Super 2018 yang bakal ditinggalkan menerusi perlawanan playoff.

Menurut satu sumber dari page Belakang Gol, pegawai-pegawai dari pihak yang berkenaan akan membuat satu mesyuarat untuk membincangkan hal tersebut pada waktu terdekat.

SSB pada 29 Oktober 2017 di pagenya membayangkan Sarawak mungkin mendapat ‘nyawa kedua’ untuk kekal di Liga Super.

PAda 13 Nov. (FMLLP) pada kenyataannya di Harian Metro tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan hasrat T-Team yang dipaksa ‘menarik diri’ dan perlu menyertai Liga Perdana musim depan selaras hasrat Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Bagaimanapun,  pihak mereka hanya bersedia menerima cadangan itu jika PBSNT memberikan alasan munasabah dan membawa manfaat dalam tempoh jangka panjang terhadap pasukan terbabit mahupun kepada arena bola sepak tempatan.

FMLLP perlu menerima maklumat rasmi dari Terengganu dan juga T-Team terlebih dulu sebelum menentukan keputusan kerana ia membabitkan kekosongan satu slot dalam Liga Super yang bakal ditinggalkan satu daripada pasukan itu bagi saingan musim depan.
Foto: PKNP FC

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *