Kevin Gunter Cuba Nasib Bersama Sarawak

 

Disember 5, turut hadir di latihan Sarawak pada petang tadi ialah pemain kacukan Swiss-Sarawak iaitu Kevin Gunter. Berusia 25 tahun, ibunya berasal dari Sarawak manakala bapaknya warganegara Swizerland.

Sebelum beraksi di Liga Malaysia, pemain ini pernah menyarung jersi SC Young Fellows Juventus dan FC Weidikon. Kemudiannya menyertai Negeri Sembilan dan UiTM FC, serta pernah menyertai trial bersama JDT di awal kemunculannya di Malaysia.

Kevin akan menyertai 29 orang pemain lain pada latihan awal persiapan Liga Perdana  2018 di bawah kendalian jurulatih baru Ian Gillan.

Foto/Info: SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *