Dua bekas pemain Kedah cuba nasib di Sarawak

Pada sesi latihan dan pemilihan pasukan Sarawak yang diadakan pada hari ini, dua bekas pemain Kedah iaitu Mohd Sabree Mat Abu dan Muhd Muzaimir Abdul Hadi turut kelihatan menjalani latihan.

Mohd Sabree merupakan bekas pemain kebangsaan dan bersama dengan pasukan Negeri Sembilan musim lepas. Beliau boleh beraksi di posisi pertahanan serta tengah sementara Muhd Muzaimir merupakan bekas pemain kebangsaan B19 dan merupakan ketua pasukan Piala Presiden Kedah tahun 2016.

Seorang lagi pemain dari Kedah iaitu Mohd Firdaus Muhamad yang beraksi di posisi penjaga gol diberitakan akan turut mengikuti sesi pemilihan dalam masa terdekat.

Walaupun pada awalnya pasukan Sarawak dikatakan akan menggunakan 100% kudrat pemain tempatan, kemunculan beberapa pemain dari luar Sarawak dilihat sebagai berkemungkinan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mula merubah pendirian demi kestabilan pasukan untuk saingan Liga Perdana 2018.

Artikel: SSB

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *