Sarawak mungkin import penjaga gol

Pasukan Sarawak berkemungkinan besar terpaksa menggunakan khidmat tenaga import tempatan untuk posisi penjaga gol bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim depan menurut laporan dari Utusan Sarawak.

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais dalam mengesahkan perkara tersebut menyatakan yang keputusan tersebut terpaksa dilakukan kerana kecederaan yang menimpa penjaga gol utama ketika ini iaitu Aidil Mohamad berkemungkinan akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Dato Posa turut memberi bayangan yang penjaga gol tersebut pernah menyarung jersi pasukan Sarawak beberapa musim yang lepas namun belum mahu mendedahkan identiti penjaga gol itu.

Antara penjaga gol import tempatan yang pernah menyarung jersi Sarawak beberapa musim yang lepas yang mungkin dimaksudkan antaranya Sani Anuar Kamsani, Iqbal Mohammad dan Fadzley Rahim.

Sumber Artikel: Utusan Sarawak

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *