Iqbal Suhaimi Turut Jalani Pemilihan Sarawak 2018

Dis 12, bekas penjaga gol Sarawak musim 2015-2016, Iqbal Suhaimi turut hadir pada pemilihan petang tadi. Kehadiran beliau semestinya memberi saingan sengit siapa yang bakal dipilih menjadi penjaga gol utama Sarawak pada musim 2018.

Selain Iqbal, turut menyertai latihan petang tadi ialah Florian Rison, Mohd Firdaus (Kedah), Shaiful Wazizi (Piala Belia Sarawak 2017) dan Ahmad Uzair (Piala Belia Sarawak 2017).

Posisi penjaga gol menjadi tumpuan hangat ketika ini setelah Sarawak menggugurkan khidmat penjaga gol utamanya Shahril Sa’ari. Meskipun pada mulanya diwar-warkan FAS mahu menggunakan tenaga tempatan untuk posisi ini, namun Sarawak mungkin akan menggunakan tenaga import tempatan pada musim depan.

Sebelum ini Sarawak telah mendapatkan khidmat jurulatih penjaga gol Abdul Talib Saidi dari Perak untuk melatih pemain-pemain di posisi berkenaan.

SSB News

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *